CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 11 Julai 2009



Photobucket
CINTA wujud ketika manusia mula diciptakan Allah S.W.T. Cinta antara Adam dan Hawa adalah permulaan satu kembara manusia dimuka bumi dimana mereka "diturunkan" oleh Allah S.W.T dari Syurga kerana gagal mengawal nafsu dari hasutan dan pujukan iblis. Maka bermulalah peradaban cinta antara dua manusia lelaki dan perempuan yang lahir dari perasaan rindu,kasih dan sayang dan mereka saling memerlukan antara satu sama-lain.

CINTA wujud apabila timbul beberapa keinginan antaranya :
1. Ingin dimiliki
2. Ingin disayangi
3. Ingin dikasihi
4. Ingin persamaan
5. Ingin dimanja
6. Ingin dibelai
7. Ingin dipuja

CINTA akan menjadi suci apabila manusia ada perasaan ingin sentiasa bersama didalam semua keadaan seperti:
1. Susah bersama.
2. Senang bersama
3. Gembira bersama
4. Sedih bersama
5. Sakit bersama

Tetapi akhirnya kita akan terus mencari cinta yang sejati dan abadi. Cinta sejati memerlukan ketaqwaan dan keimanan yang kuat agar kemanisannya dapat dirasakan. Perasaan cinta memerlukan keikhlasan tanpa dorongan nafsu dan membenci serta bermusuhan apabila gagal memiliki cinta itu.

Islam menyanjung tinggi persahabatan yang murni dan menggalakkan perasaan cinta yang ikhlas kerana Allah. Cinta dan kasih sayang kerana Allah merupakan peringkat akhir dalam kembara untuk mencapai tingkat keimanan serta rasa ikhlas. Limpahan nikmat cinta itu adalah bukti kesempurnaan dan kemurnian yang memberikan ganjaran paling tinggi.

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Andainya dua orang kasih mengasihi kerana Allah dibelakang saudaranya, maka yang paling dicintai oleh Allah ialah orang yang paling mengasihi teman nya "

( Riwayat Al-Tabrani )

Rasulullah juga meriwayatkan dari Firman Allah :

" Berhaklah kasih sayang Ku keatas mereka yang berkasih sayang kerana Ku. Tetaplah kasih sayang Ku kepada mereka yang saling beri memberi kerana Ku. dan tetaplah kasih sayang Ku terhadap mereka yang saling sahabat bersahabat kerana Ku"

( Riwayat Ahmad dan Al-Tabrani )